Jumaat, Jun 05, 2009

Melayuku Rempit dan Sempit

Melayu rempit memang sinonim
kerana yang merempit itu
kulitnya sawo matang
bangsa MELAYU namanya

Melayuku sempit
kerana menyabung nyawa di jalan raya
apa bukankah sempit otaknya
tapi bangsa melayu juga

Rempit rempit melayu
pantang ditegur dan pantang juga diajar
pantang ditunjuk mana hak??
terimalah padah tangan si rempit
bukankah itu sempit mindanya
tapi ini juga bangsanya MELAYU
apa lah nak jadi dengan rempit tak tentu hala

Ramai yang sempit rumahnya
Ramai yang sempit poketnya
Ramai yang sempit akalnya
Ramai yang sempit agamanya
Ramai yang sempit kuasa politiknya
tapi mengaku "KAMI MELAYU"
tuan punya tanah air ini
apa benarkah????!!
Patut tanya pada see chuan
Patut tanya pada mahes
belum ada jawapanya
mungkin juga ditertawakannya
cuma ada hinaan daripada masyarakat yang benci akan rempit&sempit
apa mereka tidak ada sedikit pun rasa malu
atau hanya menunjukkan kehebatan masing masing..
itu bukan caranya..
Aku pelik melihat rempit yang semakin berleluasa di sekitar Malaysia yang aman ini..