Sebuah tangisan
mengungkapkan kebenaran
tanpa sebarang perkataan
membawa beribu pengertian
sebuah luahan perasaan
yang mengalir dari dalam lautan jiwa
Sebuah tangisan
dari seorang perempuan
mungkin adalah bantahan atau petanda
bahawa hatinya telah terbuka
untuk menerima cinta ysng tidak direlakannya
kerana air mata tak pernah berpura pura dalam menyampaikan
kemurnian sebuah luahan
Sebuah tangisan dari seorang lelaki
mungkin adalah keikhlasan atau petanda
bahawa egonya telah ditundukkan untuk membuat keputusan yang tidak disangka
kerana air mata tidak pernah berdusta dalam menyampaikan kejujuran dan luahan
Sebuah tangisan
bagai sungai yang mengalir
adalah sebuah sempadan
yang memisahkan
yang membezakan
antara niat yang tertulis di hati
dengan riak yang terlukis di wajah
