Jumaat, Julai 03, 2009

Ada Apa Dengan Rokok!!!!...

Matamu sembab dan lembab

Bibirmu hitam dan pucat

Gigimu kuning berkarat

Nafasmu berbau kuat

Jantung dan paru paru tambah melarat

Akibat tabiat yang tidak sihat

Kepalaku berputar ligat

Berfikir dan cuba melihat..

Ada apa dengan rokok.....

Mengapa semua terpikat

Merokok tidak bertempat

Mulut dan rokok seakan melekat

Setiap saat tiada manfaat

Ada apa dengan rokok...

Tabiat buruk menjadi amalan

Alasannya nak lepaskan tekanan

Tension dengan keadaan ataupun di cabar kawan

Kononnya ikut zaman

Hotak hang!!!!

Ada apa dengan rokok.....

Dengan mak bapak pijak semut tak mati

Reti pula nak cover diri

Bila seorang diri menjerit sesuka hati

Bolehlah start on my duty

Ada apa dengan rokok...

Ketagihan sampai masyuk

Poket pun tinggal habuk

Sehebat Pall Mall

Berbatang batang

Makan asap bukannya kenyang

Tiada faedah

Bala datang....

J...!!!!!! untuk manusia yang masih menghisap rokok...

Bahasa untuk korang NAK MATI CEPAT KE?? KALAU NAK MATI BETAUBATLAH DULU...

Bahasa aku berterabur gara gara rokok punya entri.. bapak ahh.. teruk.. bahasa budak budak remaja sekarang..