Di sini
kau terlalu cepat berubah
bagai kegilaan musim
antara tebaran mega
dan permandian cahaya
Di sini
kau terlalu pantas menyerah
hanya kerana sedikit godaan
antara pancaran lampi
dan kesuraman lebuh
Aku di sini
menanti apa seadanya
melihat matahari tertawa
dari sebalik tirai mega
gelagat manusianya
