Jumaat, Julai 03, 2009

orang orang di bendang

Orang orang di bendang
Tidak lagi mengenggam renggam
Tidak lagi memukul mukul padi
Tidak lagi menampi nampi rezeki
Tidak lagi tercari cari tuahnya
Tidak lagi menangguk sukar

Orang orang di bendang semakin bijak
Menanjak kemiskinan membajak keyakinan
Membuang batas batas percaya
Menanam padi politik
Menabur beras saham

Orang orang di bendang
Tidak lagi menabur benih malang
Mereka menambat kerbau keluhan
Melepaskan ikatan tradisi
Ada padi ada pilihan pada hujung musim

Orang orang di bendang
Mula mula bersuara lantang..