Sabtu, Jun 27, 2009

Bila aku keluar tanpa hala tuju yang betul...

bila aku keluar tanpa hala tuju macam macam jadi.. hihi.. aku tengok transfomer dengan someone.. berdua lebih baik..

bila aku sampai kat kaunter, fuuiiyooo ramainye..
terpaku aku seketika.. gempak habis.. sold out ticket..

bila aku tengah tunggu si dia ambil ticket yg aku dah booking, aku nampak banyak anak2 muda yg berpakaian entah apa la.. berpeluk.. geli aku tengok.. nak aje aku pegi kat dia dan tegur.. fuh.. tapi masa itu aku belum ada kekuatan untuk berbuat demikian..

memang la.. kalau filem luar masuk malaysia memang ramai yang berebut.. kalau filem malaysia memang ada sambutan tapi tak macam filem luar.. apa diaorang ni taknak menghargai filem tempatan ke..?? tapi diri sendiri yang boleh menilai..

Lu fikir la sendiri..!!! :)

Sabtu, Jun 20, 2009

Patah tidak tumbuh Hilang tidak berganti... (untuk Papa&seorang lelaki yang bergelar ayah) Selamat hari bapa sedunia..

Kala rindu bertamu
lirik mata merenung
sebuah potret berbingkai terukir
menatap indahnya seraut wajah
menyimpan nostalgia semalam
suka duka sejarah pengorbanan dari sebuah diari kehidupan
memori lalu menigmbau lagi saat bening pagi memisu
aku tersentak lalu aku pergi ke arah orang yang memanggilku
gurau suaranya tidak pernah ku lupakan
papa tercintaku yang sentiasa menjadi idola pertamaku.
demi kucupan sebuah kehidupan
buat insan penyeri harapan

Lirik senyuman tidak pernah hilang
walau payah hukuman alam
senandung cintanya tiada pudar
walau nakal menilai sifat
ungkapan nasihat menjadi tabiat
raesmi padi sebagai syafaat

walau diri jauh di mana
walau seinggi darjat dunia tanpa jemu
akan aku kalung cinta ini
mengabdikan diri seikhlas budi
buat insan yang aku sayangi
bila patah tidak tumbuh
hilang pasti tiada pengganti

Papa, uky love u very much......

Ahad, Jun 14, 2009

Siapa DiHatinya

disini bintang bercahya lalu kita bersua
disini kita bersama dan bermula
aku cuba menyatakan disetiap mimpimu
di setiap anganmu perasaan

jika mentari menjelma saat mendungkan tiba
namun aku tetap takkan berubah
padamu cintaku sedalam lautan
setinggi kayangan..oh kasihku...

perlukahku lebih setia supaya kau jauh darinya
tak sanggup ku tersiksa sebegini rupa
tak tahu mana pilihanmu
aku ataupun dia yg kau cinta atau sebaliknya

kan kumiliku kasihmu
kan kuberikan cinta
dan tiada yg dapat memisahkan kita berdua

mungkin dia pilihanmu
namun lihatlah mataku
katakan padaku
siapa dihatimu

jika mentari menjelma saat mendungkan tiba
namun aku tetap takkan berubah
padamu cintaku sedalam lautan
setinggi kayangan..oh kasihku...

tak tahu mana pilihanmu
aku ataupun dia yg kau cinta
katakan siapa dihatimu

kan kumiliku kasihmu
kan kuberikan cinta
dan tiada yg dapat memisahkan kita berdua

mungkin dia pilihanmu
namun lihatlah mataku
katakan padaku
siapa dihatimu

Jumaat, Jun 12, 2009

Cuma Manusia...

Inikah yang harus ku hadapi
Berbezaan tiada bertepi
Mengenali keinginanmu terhadap aku
Yang tak semuanya keinginanku

Mengapa tak pernah kita cuba
Selaraskan rasa dalam jiwa
Ini diriku dan begitulah dirimu
Tak pernah sempurna, cuma manusia

Seharusnya yang terjadi
Selalu dapat disedari
Dua bezakan saling menyatu
Bukan untuk diri sendiri

Bila sampai hari ini
Masih ada cinta yang membuat kita satu
Itu semua anugerah yang kuasa


dari slot lagenda dan permata

Jumaat, Jun 05, 2009

ketawa lah anda..

Apa korang percaya, ketawa boleh membakar kalori??
SUDAH TERBUKTI.. Berdasarkan kajian yang di buat di Vanderbit University, Nasville..ketawa sebenarnya boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Ketawa memerlukan banyak tenaga kerana ia melibatkanpelbagai jenis otot di dalam badan, termasuklah otot perut. Tertawa yang terbahak bahak 15 minit sehari, boleh menambahkan pembakaran kalori sebanyak 14.600 kalori dalam setahun.. Kalau tak percaya cuba lah..!!

Melayuku Rempit dan Sempit

Melayu rempit memang sinonim
kerana yang merempit itu
kulitnya sawo matang
bangsa MELAYU namanya

Melayuku sempit
kerana menyabung nyawa di jalan raya
apa bukankah sempit otaknya
tapi bangsa melayu juga

Rempit rempit melayu
pantang ditegur dan pantang juga diajar
pantang ditunjuk mana hak??
terimalah padah tangan si rempit
bukankah itu sempit mindanya
tapi ini juga bangsanya MELAYU
apa lah nak jadi dengan rempit tak tentu hala

Ramai yang sempit rumahnya
Ramai yang sempit poketnya
Ramai yang sempit akalnya
Ramai yang sempit agamanya
Ramai yang sempit kuasa politiknya
tapi mengaku "KAMI MELAYU"
tuan punya tanah air ini
apa benarkah????!!
Patut tanya pada see chuan
Patut tanya pada mahes
belum ada jawapanya
mungkin juga ditertawakannya
cuma ada hinaan daripada masyarakat yang benci akan rempit&sempit
apa mereka tidak ada sedikit pun rasa malu
atau hanya menunjukkan kehebatan masing masing..
itu bukan caranya..
Aku pelik melihat rempit yang semakin berleluasa di sekitar Malaysia yang aman ini..

Honey Moon

"tatkala bulan terang bersinar, aku mula jatuh cinta kepadamu". Setelah mandapat perkhabaran daripada ayahnya yang ingin berkahwin semula, Mio di kejutkan pula dengan kehadiran bakal adik tirinya. Cinta yang wujud dalam dirinya adalah cinta untuk Junpei-bakal adik tirinya! Konflik krisis identiti mula bergolak dalam diri mereka.
Konflik semakin meruncing bila Mio mendapat tahu yang mereka semua akan tinggal di bawah satu bumbung - semua itu mengundang 10001 kekeliruan buat Mio. Keadaan menjadi semakin menarik apabila mereka berdua terpaksa menjagasatu sama lain selama tiga minggu apabila kedua orang tua mereka pergi bercuti.

Selasa, Jun 02, 2009

Sebuah Tangisan

Sebuah tangisan
mengungkapkan kebenaran
tanpa sebarang perkataan
membawa beribu pengertian
sebuah luahan perasaan
yang mengalir dari dalam lautan jiwa

Sebuah tangisan
dari seorang perempuan
mungkin adalah bantahan atau petanda
bahawa hatinya telah terbuka
untuk menerima cinta ysng tidak direlakannya
kerana air mata tak pernah berpura pura dalam menyampaikan
kemurnian sebuah luahan

Sebuah tangisan dari seorang lelaki
mungkin adalah keikhlasan atau petanda
bahawa egonya telah ditundukkan untuk membuat keputusan yang tidak disangka
kerana air mata tidak pernah berdusta dalam menyampaikan kejujuran dan luahan

Sebuah tangisan
bagai sungai yang mengalir
adalah sebuah sempadan
yang memisahkan
yang membezakan
antara niat yang tertulis di hati
dengan riak yang terlukis di wajah

dia datang dan dia pergi

dia datang atas nama kelahiran disambut rasa syukur
punya nama, mama dan papa juga punya saudara mara terdekat
dan teman teman saling memberi hadiah dan mengucapkan tahniah

yang pergi adalah kedukaan
meninggalkan nama, saudara-mara, isteri dan anak-anak, sahabat terdekat
lalu yang datang adalah simpati dari hati

begitulah dia pergi
kelahiran masih mengisi daftar kehidupan ini

sesungguhnya rumah hidup sering di kunjungi tetamu
yang datang membangun dunia mimpi
yang pergi meninggalkan dunia realiti..

Khas BuatMu

BuatMu teman yang tersayang
jangan dipersiakan ikatan persahabatan
yang manis mudah untuk dikenang
yang pahit usahlah dipandang
jadikan ia sebagai pedoman
impian tanpa usaha pasti tidak akan terlaksana
usahlah berhati rapuh apabila tidak berjaya
sejambak bunga tidak semestinya sama
teman kasihanilah aku
musim ini akan berlaku meninggalkan ku
menghitung rindu mengutip kenangan
walau dimana kalian berada
kerana destinasi kita berbeza
ingatlah satu perkara
persahabatan itu selamanya...
i love u friends..!!!!!!

Isnin, Jun 01, 2009

Dia dan Kediamanku

Aku dinamakan Kai (anjing yg comel & manja). umur baru 2 tahun... Jantina aku ialah jantan..
Aku tak faham dengan disikap manusia. dieorang susah nak luahkan apa yang terpendam di dalam hati dieorang..
Bukankah sebaris ayat mampu merubag segalanya....???
Kalau lah aku boleh berkata kata..

24 Warna

Nanaka-15 tahun
Pada hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah tinggi-di bawah pohon sakura yang berserakan kembang, dia telah berselisih dengan seorang pria yang bajunya dilumuri cat.
Nafasnya seakan terhenti terpana dengan lirikan matanya-seperti perasaan yang sedang mekar berbunga..
Ini semestinya cinta. Dia.. senior Hajima... kesedihannya..dan juga cintanya....

Hati Yang Kacau

Sinopsis

Aku, Kurahashi Futaba, sedang dalam situasi mencari kekasih...Orang itu mestilah 'orang yang mampu menjaga diri sendiri'! Aku berharap dapat bertemu lelaki idaman tapi kenapa aku terlibat dalam cinta yang rumit pula?! Aku, teman lelaki aku iaitu kawan sejak kecil yang aku dah anggap macam adik sendiri, dan playboy nombor satu di sekolah...hahah..
Inilah kisah tiga hati yang kacau bilau, ditemukan menjadi sebuah kisah cinta!