Selasa, Ogos 04, 2009

Pernah Jumpa Kelapa Bakar?



kelapa dibakar selama tiga jam sebelum bagi orang makan.. pelik kan.. benda ni aku belum pernah try.. kedai jual kelapa bakar ni tak ada di kL ataupun di mana mana bandar.. ada satu tempat je.. tp banyak khasiatnya.. kata makcik si penjual kelapa bakar..
aku ditegur oleh makcik tu.. dia kata macam biasa tengok kamu ni lah..
eh aku cakap, bila pula aku pernah jumpa makcik ni.. lepas tu aku memberanikan diri dan berkata "makcik, syy, dengar tu apa yg lalu/ lepas dia senyap mendengarkan apa yg aku nk katakan, aku pun buat bodoh je dan aku terus merasa kelapa bakar.(nampak macam kurang ajar) wakakaka.. lepas tu makcik tu geleng kepala je kat aku.. aku tersenyum..
lepas 5 minit kemudian dia datang, dan berkata "kenapa lah kau pakai baju macam ni, tak panas ke??makcik tengok kau pun panas.." aku pun dengan muka bodoh aku ni jawab " makcik nilah saya,macam nilah yg sy slalu pakai tapi setakat ni tak ada orang yg mempertikaikan pakaian sy..?! be urself kata aku..
makcik tu pun tak tahu apa aku cakap.. lepas 2 minit kemudian dia datang, dna tanya lagi be urself tu apa? aku pun jawab la.. "Jadilah diri sendiri" makcik tu pun beredar dari tempat aku.. aku pun sambung makan kelapa bakar tu.. lepas tu datang lagi dan menyuruh aku beli jeli kelapa.. tanpa fikir panjang, belilah juga.. bila aku fikir, apa motif makcik tu mendekati aku..?? sampai sekarang masih bermain soalan tu pada aku.. sampai dalam kereta, aku teringat, siapa yg nak makan jeli kelapa tu? ada suara yg menyahut.. kalau kau taknak, bagi jelah kat aku.. aku pun bagi jelah.. masih terbayang bayang makcik tu cakap "datang lah lagi ye" tp sebenarnya aku memang tak suka gila dengan kelapa.. tapi pelik kenapa sekarang nak try kelapa bakar tu..? bodohnya.. ahh yang penting aku dah try sesuatu yang budak bandar tak pernah jumpa.. hahha..



oh kuih..




nilah kuih yg susah nak cari kt bandar.. memang payah beb.. bila masuk kampung, aku dapat makan kuih ni sepuas aku.. time bulan ramadhan je ada jual kuih macam ni berlambak lambak sampai muak aku tengok tiap2 hari kt kedai tu.. tp bila dah dapat, tuhan jelah tahu betapa nikmatnya kuih pelita tu.. nama kuih pelita tp tak macam pelita.. hahaha.. tp i like.. kalau masuk kampung lagi aku nak makan kuih ni lagi.. wahahaha..

makan dan jalan sepuasnya tp tak puas




haa..time ni lah aku dengan teman2 merehatkan minda dari segala masalah proses pembelajaran.. aku sudah ada bodyguard.. wahahahah.. ramai pengikut club aku.. time ni aku puas makan, dan penat berjalan cari makanan yg sedap.. habis aku pusing..

TEATER KOMPILASI VOLUME II






Teater Kompilasi Vol 2 merupakan projek kedua yang diusahakan kumpulan Rumah Anak Teater (RAT) melalui Projek Komuniti Kental (KoKen).

Dua orang pengarah akan mementaskan dua buah cerita di dalam satu pementasan. Dua cerita dari tiga zaman yang berbeza menjadi tagline bagi Teater Kompilasi Vol 2. Walaupun secara asalnya dua cerita berbeza tetapi teater kompilasi vol 2 akan menjadi satu cerita kerana kedua-dua cerita berlaku di dalam rumah yang sama. Rumah yang tersergam selama 60 dekad merakam pelbagai peristiwa di dalamnya. Hanya dua akan dipentaskan iaitu Naturalisasi dan Legasi.

Projek “Teater Bertemakan Kemanusiaan” ini memaparkan dua pementasan di dalam satu; Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzis.RCong

Naturalisasi

Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi. Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang. Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman. Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.

Konsep Pementasan

Sepertimana teks ini yang alirannya adalah realisme, sebegitu juga pementasan ini bakal dipentaskan. Daripada gaya lakonannya, isunya hinggalah gaya bahasanya semuanya adalah realistik. Cuma pementasannya nanti akan menggunakan struktur perjalanan cerita atau plotnya yang tidak linear. Ini kerana dalam pementasan itu nanti akan terdapat bahagian-bahagian yang saya olah menjadi monolog yang akan menunjukkan bahawa watak itu sedang menceritakan perkara yang telah berlaku dan bahagian-bahagian yang tidak saya olahkan menjadi monolog mewakili situasi dimana keadaan yang telah berlaku dan merupakan visual kepada imbasan watak yang sedang termenung dan mengenang perkara semalam.

Pementasan ini akan bermula dengan visual yang akan berlaku di akhir pementasan dan perjalanan plotnya akan sering bertukar-tukar dengan masa sekarang dan semalam. Sehingga akhirnya akan sampai pada situasi yang visualnya telah ditunjukkan pada awal cerita. Selain itu permainan lampunya juga tidak sepenuhnya realistik kerana terdapat situasi dimana permainan lampu lebih mementingkan mood cerita dan cuba membantu memaparkan atau menyuarakan konflik serta pergolakan jiwa watak ketika itu.

Kekaguman

Kekaguman dalam pementasan ini adalah bagaimana perjalanan cerita ini yang menggunakan konflik kekacauan jiwa dua orang lelaki yang terjebak dalam cinta sejenis dan kehadiran seorang perempuan dalam hidup salah seorang watak itu untuk mengupas serta memberi perlambangan kepada kekotoran yang berlaku dalam dunia politik itu sendiri. Bagaimana penulis menjadikan hubungan cinta sejenis dan penyakit HIV itu sebagai premis untuk melambangkan kepada watak manusia yang tidak dapat lari lagi atau berpatah balik setelah sekali terjebak dalam dunia yang korup. Suka atau tidak, terpaksa atau sengaja, mereka tetap harus menghadapinya. Yang menentukannya hanyalah sama ada mereka kuat atau lemah, menang atau kalah. Konflik-konflik yang seolah-olah tiada peleraiannya inilah menjadi unsur kekaguman selain permainan lampu yang banyak menggunakan visual yang lembut serta banyak bermain dengan silhouette dan shadows untuk menimbulkan mood yang agak sentimental bersesuaian dengan konflik jiwa yang sedang dihadapi oleh watak-watak serta perjalanan ceritanya yang memang agak moody.

Teater ini dilakonkan oleh Zahiril Adzim (Rahmat), Amerul Affendi (Razman) dan Noris Ali (Nurul).


Legasi

Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza. Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar. Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah. 50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar.

Latar Belakang Penceritaan

1940 an meninggalkan ‘ legasi’ nya yang tersendiri kepada Malaysia ( Malaya ). Waktu ini Malaysia segar membangun dari segi ideologi, percaturan politik dan semangat untuk tuntutan kemerdekaannya. Sepasang suami isteri, Cikgu Bahar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah dua orang guru lepasan SITC, hidup dalam kasih sayang yang sepenuhnya. Namun, pasangan elitis Melayu ini berhadapan dengan masalah orentasi perjuangan mereka sehingga merobek kasih sayang mereka. apakah kasih sayang yang disemai di antara mereka mampu mempertahankan percintaan mereka. menjelang akhir 1980 an, Cikgu Bahar bertemu dengan cucu perempuannya, Suhaila, seorang antropologis liberal. Di suatu ruang masa mereka berdua merungkai ‘legasi’ percintaan dalam perjuangan ini. Adakah ‘legasi’ klasik ini masih berupaya bernafas di zaman peradaban moden ini.

Teater ini dilakonkan oleh Taiyuddin Bakar (Cikgu Bahar), Dira Abu Zahar (Cikgu Zaharah), K’N (Cikgu Effendi) dan Nur Ameera (Suhaila).

Teater Kompilasi Vol2 akan dipentaskan di Stor Teater DBP, 11-16 Ogos sebanyak lapan pementasan; 8.30 malam dan 3 petang (15 & 16 Ogos).
Masuk atas sumbangan minima RM20.

Latarbelakang RAT

Rumah Anak Teater atau nama singkatannya RAT ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda graduan ASWARA. RAT adalah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh penggiat muda seni persembahan. Penubuhan RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan. Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak, RAT telah melaksanakan suatu rancangan jangka panjang yang dinamakan Projek Komuniti Kental atau singkatannya Projek KoKen. Projek Komuniti Kental (KoKen) adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan penggiat muda seni persembahan yang menganggotai Rumah Anak Teater (RAT). Projek ini adalah sebagai satu landasan atau tapak bagi mereka berkongsi idea dan pemikiran dalam kerja-kerja seni persembahan dengan ahli masyarakat.

RAT memberi satu ruang untuk berkumpul, berkongsi, berkolaborasi dan melaksanakan kerja- kerja seni dalam bentuk produksi dan pengembangan serta penggalakan seni di Malaysia.

Sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh dilayari dari http://rumahanakteater.blogspot.com/ atau hubungi Faisal Mustaffa 019-2232002 atau faisal.mustaffa@gmail.com



Tenaga Produksi

Pengarah Artistik/ Penerbit

NAM RON

NAM RON atau nama sebenarnya Shamili Abdan (39 tahun) merupakan seorang pengarah, penulis, pelakon teater, tv dan filem. Di arena teater beliau mula terlibat dengan aktiviti ini bermula dari tahun 1989. Pada tahun 2000, selepas tamat pengajian di Akademi Seni Kebangsaan beliau menubuhkan Alternative Stage dan menjadi pengarah artistik hingga kini. Selain dari pengiat seni beliau juga turut menyumbang tenaga sebagai pensyarah sambilan di Jabatan Teater, ASWARA. Beberapa karyanya telah tercalon ke peringkat akhir di Anugerah Seni Cameronian sebagai pengarah, pelakon dan penulis antaranya adalah Lembu, Matderihkolaperlih, Laut lebih Indah dari Bulan dan VV(WIP). Pada tahun 2003 Matderihkolaperlih memenangi ketegori skrip bahasa melayu terbaik pada anugerah tersebut. Pencapaian beliau yang lain adalah apabila menerima anugerah graduan cermerlang bagi ketegori teater oleh ASWARA pada tahun 2007. Nam Ron juga adalah salah seorang ahli dalam pertubuhan Lohan Journey, sebuah pertubuhan teater antarabangsa yang bertapak di Tokyo









FARED AYAM atau nama sebenarnya Mohd Fared Jamaluddin (24 tahun) adalah teruna berdarah kacukan serta berambut ikal mayang yang sentiasa penuh dengan cinta dan kemarahan dan pernah berkali kali gagal dalam percintaan. Juga sering tertanya tanya tentang siapa dia di mata masyarakatnya lalu menjadikan teater, puisi dan segala macam cabang seni sebagai laman luahan ketidakpuashatian. Antara pementasan hasil pengarahan dan lakonannya termasuk kolaborasi teater eksperimen TANDA, WAKTU eksperimental merdeka, NATURALISASI, SHORT EYES, BREAKING /JI PO/ KASI-PE-CAH (Kuala Lumpur, Jepun, Singapura), INSTANT CAFE KURANG MANIS, UDA dan DARA serta ProjekKoken:TEATER KOMPILASI VOL 1. Beliau juga telah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award untuk tahun 2008.

Juga merupakan penulis bersama Zahiril Adzim untuk ruangan Living Culture di website www.thenutgraph.com.




MOIZZISR.CONG

MOIZZISR.CONG atau nama sebenarnya Mohd Izzuddin Ismail merupakan graduan Penulisan Kreatif ASWARA 2009. Beliau kini seorang penulis sepenuh masa. Beliau pernah melibatkan diri sebagai penulis bersama untuk pementasan ‘ Waktu - 50 tahun Merdeka’, penulis bersama untuk telemovie ‘ GADOH ’, penulis asal skrip untuk Muzikal Tun Abdul Razak untuk Istana Budaya arahan Dato’ Rahim Razali ( Ogos 2009).






ZAHIRIL ADZIM

ZAHIRIL ADZIM merupakan graduan dari ASWARA (Diploma Teater). Pengarahan beliau sebelum ini ialah kolaborasi Teater Eksperimen TANDA dan FATIHAH. Antara lakonan pentas beliau ialah AIRCON, INSTANT CAFE KURANG MANIS, PENTAS OPERA, UDA dan DARA, NATURALISASI, SI YATIM CHAO, GEMA MERDEKA dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga bergiat dengan lakonan filem dan TV. Filem lakonan beliau ialah GADOH, KAMI The Movie dan KARAOKE, sementara lakonan TV pula ialah Merah Puteh, Ghost 2, KAMI The Series, Waris, 100 Harijadi, ABAM dan Seandainya Aku Siti.

Dengan bantuan FINAS, beliau telah dihantar ke Festival Filem Cannes, Perancis, untuk menghadiri tayangan filem KARAOKE dan juga pencalonan Camera d'Or (Golden Camera). Beliau juga pernah tercalon sebagai 'Most Promising Artist' - Boh Cameronian Awards, KLUE Blue Chili Awards dan juga Best On Screen Chemistry - 8TV Shout Awards bagi filem KAMI The Movie.

Zahiril Adzim juga seorang penulis bersama Fared Ayam untuk ruangan Living Culture di laman web www.thenutgraph.com




SALLEHUDDIN ABU BAKAR

SALLEHUDDIN ABU BAKAR @ Taiyuddin Bakar (26) seorang artis independen yang terlibat dalam banyak aktiviti seni termasuk filem, teater, siri tv dan filem pendek.

Terlibat sejak 2002, Taiyuddin sudah berlakon sebanyak 28 teater, 5 filem dan 25 siri tv dan filem pendek. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam menyumbang suara dalam beberapa suara latar dalam kempen dan pengiklanan.

Antara teater yang pernah dilakonkan oleh Tai ialah Tun Abdul Razak The Musical (2008), Jebat Menderhaka (2007), Mak Yong (2004) dan Perempuan Seorang Lt Inggeris (2002). Selain Legasi di dalam Teater Kompilasi vol 2, pada tahun 2009 juga terlibat dalam teater Gelanggang dan Sirah Junjungan Tahajud Cinta.

Melalui filem, beliau pernah berlakon di dalam filem Libas (2009), Lu Pikirlah Sendiri de Movie (2008), Punggok Rindukan Bulan (2008), 1957 Hati Malaya (2007) dan Mokhsin (2006).

Tai terlibat dalam lakonan siri tv sejak 2003. Antaranya ialah Sayangnya Khalid (2003), Daerah Permai (2004), Anjakan (2005), Selamat Hari jadi Abah (2006), Anak Pontianak (2007), Misteri Penarik Becha (2008) dan Aca da Atuk (2009).

Taiyuddin yang juga seorang pengarah tujuh (7) pementasan teater pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur (2005) melalui pementasan Anak Bulan di Kg Wa’ Hassan.

Di dalam Legasi, Tai akan melakonkan watak Cikgu Bahar.




NORIS ALI

NORIS ALI atau nama sebenarnya Norisnainy binti Ali (29) ialah pelakon sepenuh masa dalam banyak telemovie, filem, sitcom. Teater Kompilasi Vol 2 ini merupakan penceburannya pertama kali bagi menimba pengalaman.

Antara filem yang pernah dibintangi ialah Histeria dan Remp-It. Telemovie yang pernah dibintanginya ialah Papan (Astro Ria), Loghat (RTM) dan Laila Sari (Astro Ria). Noris juga banyak terlibat dalam lakonan drama tv dan menjdi model iklan.




KHAIRIL RIDZUAN

KHAIRIL RIDZUAN anak kelahiran Pulau Langkawi ini lebih selesa di panggil KN. Graduan Diploma ASWARA ini mula bergiat secara serius seawal tahun 2004 lagi. Antara produksi yang pernah beliau terlibat seperti Atap Genting Atap Rumbia, Percakapan Seorang Oedipus, Bilik Sulit, Dua Bulatan Pukul Enam dan banyak lagi. Pernah bekerja dengan Suhaimi Baba dalam filem 1957 : Hati Malaya dan siri Anak Pontianak. Sekarang beliau menjadi pelakon sepenuh masa.




NUR AMEERA BT MOHD RAMLI

Gadis berusia 23 tahun yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini mula melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di UiTM pada tahun 2004 dalam jurusan Seni Persembahan (Seni Lakon) sebelum melanjutkan pelajaran ke Jabatan Drama Universiti Malaya, juga dalam jurusan yang sama.

Sikap ramah dan mudah didekati beliau menyebabkan beliau banyak mendapat tawaran untuk berlakon dalam short film oleh para pelajar kursus skrin semasa di UiTM, walaupun beliau merupakan seorang pelajar teater. Bermula dengan teater SELENDANG JIWA, beliau kemudiannya terlibat dalam teater ALANG RENTAK SERIBU arahan Azhan Abd Rani sebagai pelakon dan teater MUZIKAL RAM, juga sebagai pelakon sebelum menyertai Festival Teater Selangor 2006 bersama THE ART STAGE CLUB (A.S.C) melalui teater AYAM JANTAN AYAM BETINA dan WAJAH LUMPUR sebagai WATI. Melalui watak WATI, beliau telah memenangi anugerah PELAKON WANITA TERBAIK bagi Festival Teater Selangor 2007 dan Festival Teater Kebangsaan 2008.

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam program mendeklamasi puisi sebagai penyajak, sebagai pekerja belakang tabir produksi teater dan terlibat sebagai korus dalam Teater URMI yang dipentaskan di Istana Budaya. Teater THE BIRDS merupakan penilaian beliau di Universiti Malaya yang dipentaskan di Auditorium Muzium Negara. Teater terakhir beliau merupakan MAK YONG TITIS SAKTI arahan Zizie Zulkifli yang dipentaskan di KLPAC baru-baru ini. TANGAN KIRI AYAH adalah persembahan monodrama beliau yang telah berjaya di Festival Teater Selangor baru-baru ini dan terpilih untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
Beliau boleh dihubungi melalui email adi_mirr@yahoo.com





AMERUL AFFENDI adalah graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang di kenali ASWARA dalam teater. Sekarang menyambung pelajarannya peringkat ijazah di Universiti Malaya. Banyak berlakon dalam teater, filem pendek, filem dan televisyen. Teater, Pentas Opera, Si Yatim Chao, Tanda, Waktu experimental Merdeka, Air Con, Uda dan Dara. Filem pendek, Aman dan kenapa ayah tak tanam pisang, Gadoh. Filem, Karaoke dan Jimbo. Televisyen, Rona Roni Makaroni, Rembat dan Misteri Penarik Becha.




Dira Abu Zahar is a Hot Mama.. dan semakin laku.. Tower 13 yg akan memenuhi slot seram yg menggantikan Keliwon.. Dira pun ada.. dan banyak lagi la..

Selasa, Julai 28, 2009

Kau Terlalu Cepat Berubah

Di sini
kau terlalu cepat berubah
bagai kegilaan musim
antara tebaran mega
dan permandian cahaya

Di sini
kau terlalu pantas menyerah
hanya kerana sedikit godaan
antara pancaran lampi
dan kesuraman lebuh

Aku di sini
menanti apa seadanya
melihat matahari tertawa
dari sebalik tirai mega
gelagat manusianya

Bila si gila bertemu dengan si mabuk

“Syyy…. siapa cakap aku gila,” kata si gila
“aku Cuma kelihatan tak siuman je
kerana kaum kerabatku tidak sebanyak
mereka yang tidak. Yang banyak itu
sering menetukan yang mana betul
untuk kami.”
“Kenapa jadi begitu?” kata si mabuk
“Di luar sana banyak yang berpura pura
normal tapi sebenarnya gila,” jawab si gila
“Ya, aku juga sebenarnya tidak mabuk
kerana di luar sana
banyak yang pura pura sedar
biarpun jiwa mereka gila dan mabuk,”
dakwa si mabuk..
Aku pun turut confius.. apa yang si mabuk dan si gila nak sampaikan.??

Disini KuTemui Diriku

Disini dikota ini
kutemui diriku
cair dalam bancuhan warna
sang pelukis
menemukan warna serasi
antara serpihan duka
dan percikan sinar

Di sini kutemui diriku
penuh gerak dalam diam
dalam diam ada denyut
mekar di rimbunan manusia
mencapai matahari
yang sekian lama
merajuk ke balik mega

teringin aku berjalan
sekali lagi di sini
menyusur lorong
mencari dan mengutip
segala yang hilang..

Sabtu, Julai 18, 2009

Johan nak nikah??

Johan raja lawak dan pasangannya, Ozlyn Wati.. aku dengar desas desus yg mengatakan mereka ini akan bernikah.. aku cari kesahihan cerita ini, ternyata benar sama sekali.. dieorg ni memang akan bernikah pada 25 julai ni di Masjid Pandan indah, KL.. moga moga dieorang ni kekal dn bahagia.. amin.. Selamat pengantin baru kepada Johan dan Ozlyn.. :)

Sabtu, Julai 11, 2009

Sahabat!!!!!!

-Boleh berkongsi apa saja
-Memahami
-Profesional
-Jujur
-Happy Go Lucky

Prinsip persahabatan
-open minded
-berkorban dan berkongsi
-sepakat
-jujur
-hormat menghormati

Etika persahabatan
-Perhatian
-rahsia
-jangan jadi talam dua muka
-perhubungan dua hala
-kejujuran
-kongsi kegembiraan
-hormati hak
-jaga cara bertutur
-berlawak
-buat impian bersama

Cara nak mengeratkan hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan
-sabar
-Straight to the point
-ikhlas
-saling memahami
-saling memaafkan
-bertolak ansur
-saling menasihati
-ambil berat
-saling berhubung

Layak jadi sahabat aku bila
-bersifat sebagai pelindung
-berbudi bahasa
-open minded
-jujur dan ikhlas
-menghargai
-menjaga nama baik
-tidak mungkir janji
-ambil berat
-setia
-pendengar terbaik
-ringan tulang
-pendamai

Sahabat favourite
-peramah
-tak ego
-bebas drpd masalah kewangan
-hormati hak peribadi
-murah hati
-tunjukkan simpati

Selalu:
-hiburkan si sahabat
-sentiasa di sisinya
-hulurkan bantuan
-tempatkan diri aku di tempat sahabat
-susuli niat dgn tindakan
-kenal pasti kesilapan aku
-saling mengingati
-berfikir sebelum berjanji

Syarat dalam persahabatan
-terburu buru
-mendesak
-pentingkan diri sendiri
-tidak jujur
-hipokrit
-berprasangka buruk
-berdendam
-celupar
-bertelingkah
-talam dua muka
-sambil lewa
-cemburu
-tikam dari belakang
- baran
-mengongkong
-mengkritik
-kedekut
-ambil kesempatan
-copycat
-tak berhati perut
-suka meminjam
-suka mengungkit
-dengki
-batu api
-mungkir janji
-meninggi diri
-ego
-bersikap tertutup

Aku tak suka berkawan dengan lelaki yang:
-kaki rokok
-suka putar belit
-suka ambil kesempatan
-bukan pendengar yang setia
-tak sehaluan
-tak pandai kawal diri

Kekal persahabatan kerana:
-tahan gurauan
-tak “busy body”
-jaga tutur kata
-jauhkan diri dari gossip
-pandai simpan rahsia
-tiada sahabat yg ”perfect” dalam dunia
-bijak menjaga hubungan persahabatan

Strategi bila bergaduh:
-tukar tajuk perbualan
-bawa berbincang
-berfikiran terbuka
-orang tengah bila ada orang bergadoh di sekeliling aku
-bertolak ansur
-memberi maaf
-lupakan soal remeh temeh
-mengalah
Thanks Geng sebab jadi kawan aku..!!
tp kenapa, mana aku pergi, geng mesti ada.. pelik!!

Kota kecil aku

Disini aku pulang
Tempat bersekola dan dibesarkan
Lewat padang Cenderawasih
Terus ke Klebang
Semuanya kini terasa kecil
Mengambau rindu
Dan kenangan
Disini bertahun tahun
Mulai mengenal ilmu dan cinta
Pengorbanan daddy dan mummy
Keakraban teman dan pergelutan
Detik itu mengambang bagai mimpi
Sewaktu kelewati kota kecilku ini..

Saat tiba dimuka sekolah
Telah lama ku tinggalkan
Kini sudah berubah
Terasa sepi
Suara guru yang pernah memberikan aku markah
Pada pangkat pertama
Si anak desa..
Eh, desa ke??
Dan daddy aku kurang berbangga kepada aku
Disinilah anak desa yang tak berapa desa
Kerana aku tak pernah tahu apa yang ada di desa
kerana aku tak tinggal didesa ataupun dikota

Disinilah anak desa
Mengenal dunia
Dikota kecilnya
Padang Cenderawasih
Dan Klebang
Meski berubah pandangan
Mengimbau rindu dan kenangan sayang…

Aku Jadi Lebih Berani

Kali ini
Kau berbaju ungu
Dan bajuku biru
Sayang, hanya aku tahu isi hatimu
Tidak setulus hatiku

Bila bergini,
Sebilah pisaumu aku tak gentar
Sepatah kata,,
Bisa
Aku merasa
Hati dan rasa mengajakku
Aku jadi lebih berani

Jumaat, Julai 03, 2009

sahabat

Galah terpacak di tengah laman
Laman tempat muda mudi
Bukan tak hendak mencari
Teman belum dapat teman sejati

Setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini ternyata tidak mampu hidup bersendirian. Semua hidup secara berkelompok dan memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan.

Ketika kita dilanda kesedihan atau kesusahan sahabat sejati pasti snggup berada disisi. Walaupun orang terdekat iaitu keluarga sentiasa bersama tetapi sahabat mungkin merupakan tempat terbaik untuk kita mencurahkan perasaan dan berkongsi masalah

Pinta sejati yang kekal

Bila dua diri dicintai ILLAHI…
Bergabunglah jiwa.. bersatulah hati…
Hati Dua Jiwa satu cinta…
Dua jasad... satu matlamat...
Bila cintakan ALLAH...
Berpisahnya tidak gelisah...
Bila rindunya kau yang satu...
Bertemunya pasti tidak jemu...
Ukhwah itu indah... Bila...
Bertemu dan berpisah
Kerana ALLAH...

orang orang di bendang

Orang orang di bendang
Tidak lagi mengenggam renggam
Tidak lagi memukul mukul padi
Tidak lagi menampi nampi rezeki
Tidak lagi tercari cari tuahnya
Tidak lagi menangguk sukar

Orang orang di bendang semakin bijak
Menanjak kemiskinan membajak keyakinan
Membuang batas batas percaya
Menanam padi politik
Menabur beras saham

Orang orang di bendang
Tidak lagi menabur benih malang
Mereka menambat kerbau keluhan
Melepaskan ikatan tradisi
Ada padi ada pilihan pada hujung musim

Orang orang di bendang
Mula mula bersuara lantang..

makna kehidupan

Duka yang tersimpan di dalam kehidupanku,
Tiada siapa yang tahu,
Kegembiaraan yang terpancar di raut wajahku,
Mempunyai makna yang tersirat,
Tak mungkin ada orang dapat merungkainya,
Wajah yang lembut,
Sayu mata memandangnya,
Tapi tersirat nostalgia lama yang terpahat di kabus kehidupanku

Onak kehidupan,
Ku tempuhi walau ku tahu
Caci dan maki mananti di hadapan,

Lautan bergelora ku renangi walaupun ku tahu,
Bahaya yang menunggu
Ranjau duri ku harungi walaupun ku tahu,
Maut datang menyambar
Mengharapkan agar tiada siapa yang tahu kehidupanku ini,
Tapi malangnya kesangsaraan hidup yang datang menyinggah,
Kesepian menanti saat- saat kemanisan hidup amat menyeksakan
Bilakah semua ini akan berkakhir?...  ...... ... !!!!

kebenaran......

Kebenaran…
Apakah yang kita tak tahu tentang kebenaran hidup kita??

Kepastian…
Apakah yang kita pastikan dalam hidup kita??

Persoalan demi persoalan yang menjalar di dalam benakku,
Ingin ku tahu hakikat sebenar agar menjelma satu kebenaran yang masih menjadi rahsia takdir,
Tiada ungkapan ynag bisa menjawab segala persoalan
Walaupun maut menjadi noktahnya...

Ada Apa Dengan Rokok!!!!...

Matamu sembab dan lembab

Bibirmu hitam dan pucat

Gigimu kuning berkarat

Nafasmu berbau kuat

Jantung dan paru paru tambah melarat

Akibat tabiat yang tidak sihat

Kepalaku berputar ligat

Berfikir dan cuba melihat..

Ada apa dengan rokok.....

Mengapa semua terpikat

Merokok tidak bertempat

Mulut dan rokok seakan melekat

Setiap saat tiada manfaat

Ada apa dengan rokok...

Tabiat buruk menjadi amalan

Alasannya nak lepaskan tekanan

Tension dengan keadaan ataupun di cabar kawan

Kononnya ikut zaman

Hotak hang!!!!

Ada apa dengan rokok.....

Dengan mak bapak pijak semut tak mati

Reti pula nak cover diri

Bila seorang diri menjerit sesuka hati

Bolehlah start on my duty

Ada apa dengan rokok...

Ketagihan sampai masyuk

Poket pun tinggal habuk

Sehebat Pall Mall

Berbatang batang

Makan asap bukannya kenyang

Tiada faedah

Bala datang....

J...!!!!!! untuk manusia yang masih menghisap rokok...

Bahasa untuk korang NAK MATI CEPAT KE?? KALAU NAK MATI BETAUBATLAH DULU...

Bahasa aku berterabur gara gara rokok punya entri.. bapak ahh.. teruk.. bahasa budak budak remaja sekarang..

Sabtu, Jun 27, 2009

Bila aku keluar tanpa hala tuju yang betul...

bila aku keluar tanpa hala tuju macam macam jadi.. hihi.. aku tengok transfomer dengan someone.. berdua lebih baik..

bila aku sampai kat kaunter, fuuiiyooo ramainye..
terpaku aku seketika.. gempak habis.. sold out ticket..

bila aku tengah tunggu si dia ambil ticket yg aku dah booking, aku nampak banyak anak2 muda yg berpakaian entah apa la.. berpeluk.. geli aku tengok.. nak aje aku pegi kat dia dan tegur.. fuh.. tapi masa itu aku belum ada kekuatan untuk berbuat demikian..

memang la.. kalau filem luar masuk malaysia memang ramai yang berebut.. kalau filem malaysia memang ada sambutan tapi tak macam filem luar.. apa diaorang ni taknak menghargai filem tempatan ke..?? tapi diri sendiri yang boleh menilai..

Lu fikir la sendiri..!!! :)

Sabtu, Jun 20, 2009

Patah tidak tumbuh Hilang tidak berganti... (untuk Papa&seorang lelaki yang bergelar ayah) Selamat hari bapa sedunia..

Kala rindu bertamu
lirik mata merenung
sebuah potret berbingkai terukir
menatap indahnya seraut wajah
menyimpan nostalgia semalam
suka duka sejarah pengorbanan dari sebuah diari kehidupan
memori lalu menigmbau lagi saat bening pagi memisu
aku tersentak lalu aku pergi ke arah orang yang memanggilku
gurau suaranya tidak pernah ku lupakan
papa tercintaku yang sentiasa menjadi idola pertamaku.
demi kucupan sebuah kehidupan
buat insan penyeri harapan

Lirik senyuman tidak pernah hilang
walau payah hukuman alam
senandung cintanya tiada pudar
walau nakal menilai sifat
ungkapan nasihat menjadi tabiat
raesmi padi sebagai syafaat

walau diri jauh di mana
walau seinggi darjat dunia tanpa jemu
akan aku kalung cinta ini
mengabdikan diri seikhlas budi
buat insan yang aku sayangi
bila patah tidak tumbuh
hilang pasti tiada pengganti

Papa, uky love u very much......

Ahad, Jun 14, 2009

Siapa DiHatinya

disini bintang bercahya lalu kita bersua
disini kita bersama dan bermula
aku cuba menyatakan disetiap mimpimu
di setiap anganmu perasaan

jika mentari menjelma saat mendungkan tiba
namun aku tetap takkan berubah
padamu cintaku sedalam lautan
setinggi kayangan..oh kasihku...

perlukahku lebih setia supaya kau jauh darinya
tak sanggup ku tersiksa sebegini rupa
tak tahu mana pilihanmu
aku ataupun dia yg kau cinta atau sebaliknya

kan kumiliku kasihmu
kan kuberikan cinta
dan tiada yg dapat memisahkan kita berdua

mungkin dia pilihanmu
namun lihatlah mataku
katakan padaku
siapa dihatimu

jika mentari menjelma saat mendungkan tiba
namun aku tetap takkan berubah
padamu cintaku sedalam lautan
setinggi kayangan..oh kasihku...

tak tahu mana pilihanmu
aku ataupun dia yg kau cinta
katakan siapa dihatimu

kan kumiliku kasihmu
kan kuberikan cinta
dan tiada yg dapat memisahkan kita berdua

mungkin dia pilihanmu
namun lihatlah mataku
katakan padaku
siapa dihatimu

Jumaat, Jun 12, 2009

Cuma Manusia...

Inikah yang harus ku hadapi
Berbezaan tiada bertepi
Mengenali keinginanmu terhadap aku
Yang tak semuanya keinginanku

Mengapa tak pernah kita cuba
Selaraskan rasa dalam jiwa
Ini diriku dan begitulah dirimu
Tak pernah sempurna, cuma manusia

Seharusnya yang terjadi
Selalu dapat disedari
Dua bezakan saling menyatu
Bukan untuk diri sendiri

Bila sampai hari ini
Masih ada cinta yang membuat kita satu
Itu semua anugerah yang kuasa


dari slot lagenda dan permata

Jumaat, Jun 05, 2009

ketawa lah anda..

Apa korang percaya, ketawa boleh membakar kalori??
SUDAH TERBUKTI.. Berdasarkan kajian yang di buat di Vanderbit University, Nasville..ketawa sebenarnya boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Ketawa memerlukan banyak tenaga kerana ia melibatkanpelbagai jenis otot di dalam badan, termasuklah otot perut. Tertawa yang terbahak bahak 15 minit sehari, boleh menambahkan pembakaran kalori sebanyak 14.600 kalori dalam setahun.. Kalau tak percaya cuba lah..!!

Melayuku Rempit dan Sempit

Melayu rempit memang sinonim
kerana yang merempit itu
kulitnya sawo matang
bangsa MELAYU namanya

Melayuku sempit
kerana menyabung nyawa di jalan raya
apa bukankah sempit otaknya
tapi bangsa melayu juga

Rempit rempit melayu
pantang ditegur dan pantang juga diajar
pantang ditunjuk mana hak??
terimalah padah tangan si rempit
bukankah itu sempit mindanya
tapi ini juga bangsanya MELAYU
apa lah nak jadi dengan rempit tak tentu hala

Ramai yang sempit rumahnya
Ramai yang sempit poketnya
Ramai yang sempit akalnya
Ramai yang sempit agamanya
Ramai yang sempit kuasa politiknya
tapi mengaku "KAMI MELAYU"
tuan punya tanah air ini
apa benarkah????!!
Patut tanya pada see chuan
Patut tanya pada mahes
belum ada jawapanya
mungkin juga ditertawakannya
cuma ada hinaan daripada masyarakat yang benci akan rempit&sempit
apa mereka tidak ada sedikit pun rasa malu
atau hanya menunjukkan kehebatan masing masing..
itu bukan caranya..
Aku pelik melihat rempit yang semakin berleluasa di sekitar Malaysia yang aman ini..

Honey Moon

"tatkala bulan terang bersinar, aku mula jatuh cinta kepadamu". Setelah mandapat perkhabaran daripada ayahnya yang ingin berkahwin semula, Mio di kejutkan pula dengan kehadiran bakal adik tirinya. Cinta yang wujud dalam dirinya adalah cinta untuk Junpei-bakal adik tirinya! Konflik krisis identiti mula bergolak dalam diri mereka.
Konflik semakin meruncing bila Mio mendapat tahu yang mereka semua akan tinggal di bawah satu bumbung - semua itu mengundang 10001 kekeliruan buat Mio. Keadaan menjadi semakin menarik apabila mereka berdua terpaksa menjagasatu sama lain selama tiga minggu apabila kedua orang tua mereka pergi bercuti.

Selasa, Jun 02, 2009

Sebuah Tangisan

Sebuah tangisan
mengungkapkan kebenaran
tanpa sebarang perkataan
membawa beribu pengertian
sebuah luahan perasaan
yang mengalir dari dalam lautan jiwa

Sebuah tangisan
dari seorang perempuan
mungkin adalah bantahan atau petanda
bahawa hatinya telah terbuka
untuk menerima cinta ysng tidak direlakannya
kerana air mata tak pernah berpura pura dalam menyampaikan
kemurnian sebuah luahan

Sebuah tangisan dari seorang lelaki
mungkin adalah keikhlasan atau petanda
bahawa egonya telah ditundukkan untuk membuat keputusan yang tidak disangka
kerana air mata tidak pernah berdusta dalam menyampaikan kejujuran dan luahan

Sebuah tangisan
bagai sungai yang mengalir
adalah sebuah sempadan
yang memisahkan
yang membezakan
antara niat yang tertulis di hati
dengan riak yang terlukis di wajah

dia datang dan dia pergi

dia datang atas nama kelahiran disambut rasa syukur
punya nama, mama dan papa juga punya saudara mara terdekat
dan teman teman saling memberi hadiah dan mengucapkan tahniah

yang pergi adalah kedukaan
meninggalkan nama, saudara-mara, isteri dan anak-anak, sahabat terdekat
lalu yang datang adalah simpati dari hati

begitulah dia pergi
kelahiran masih mengisi daftar kehidupan ini

sesungguhnya rumah hidup sering di kunjungi tetamu
yang datang membangun dunia mimpi
yang pergi meninggalkan dunia realiti..

Khas BuatMu

BuatMu teman yang tersayang
jangan dipersiakan ikatan persahabatan
yang manis mudah untuk dikenang
yang pahit usahlah dipandang
jadikan ia sebagai pedoman
impian tanpa usaha pasti tidak akan terlaksana
usahlah berhati rapuh apabila tidak berjaya
sejambak bunga tidak semestinya sama
teman kasihanilah aku
musim ini akan berlaku meninggalkan ku
menghitung rindu mengutip kenangan
walau dimana kalian berada
kerana destinasi kita berbeza
ingatlah satu perkara
persahabatan itu selamanya...
i love u friends..!!!!!!

Isnin, Jun 01, 2009

Dia dan Kediamanku

Aku dinamakan Kai (anjing yg comel & manja). umur baru 2 tahun... Jantina aku ialah jantan..
Aku tak faham dengan disikap manusia. dieorang susah nak luahkan apa yang terpendam di dalam hati dieorang..
Bukankah sebaris ayat mampu merubag segalanya....???
Kalau lah aku boleh berkata kata..

24 Warna

Nanaka-15 tahun
Pada hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah tinggi-di bawah pohon sakura yang berserakan kembang, dia telah berselisih dengan seorang pria yang bajunya dilumuri cat.
Nafasnya seakan terhenti terpana dengan lirikan matanya-seperti perasaan yang sedang mekar berbunga..
Ini semestinya cinta. Dia.. senior Hajima... kesedihannya..dan juga cintanya....

Hati Yang Kacau

Sinopsis

Aku, Kurahashi Futaba, sedang dalam situasi mencari kekasih...Orang itu mestilah 'orang yang mampu menjaga diri sendiri'! Aku berharap dapat bertemu lelaki idaman tapi kenapa aku terlibat dalam cinta yang rumit pula?! Aku, teman lelaki aku iaitu kawan sejak kecil yang aku dah anggap macam adik sendiri, dan playboy nombor satu di sekolah...hahah..
Inilah kisah tiga hati yang kacau bilau, ditemukan menjadi sebuah kisah cinta!

Ahad, Mei 31, 2009

Cita-Cita atau Cinta



Cita-cita...
inginku gapai penuh harapan
akanku takluk demi impian
sering aku usahakan untuk kejayaan
demi merealisasikan suatu kehidupan selayaknya seorang insan

Cinta...
seringkali ia memburuku
tanpa mengenal erti jemu dan penat
hingga kedang kala aku menjadi keliru
mana satu harus ku tuju
eh macam lagu bunkface-REVOLUSI..
haha..

Antara Cita-Cita dan Cinta
akanku takluki kedua duanya
untuk menjadi manusia yang positif
yang sentiasa ingin berusaha
untuk menakluki cita-cita dan cinta
di dunia yang hanya sementara ini...

Jumaat, Mei 01, 2009

Antara Khayalan Dan Kenyataan

Manusia ingatkah kau
Kejadianmu...
Kelahiranmu...
Hanya Kedengaran... dan
Kelihatan kenangan lalu...
Manusia...
Kau bermimpi.. sedarlah...
Bangunkan mimpimu dari bantal khayalan...
Hanya tinggal tebing-tebing ilusi di sisi mu...
Manusia...
Bukalah matamu...lapangkan telingamu..
Kumat-kamitkanlah mulutmu...
Manusia...
Kau bergumalkan segulung impian... harapan dan kejayaan...
Umpama berjalan di titian kecil...
Jatuh.. maka hanyalah khayalan...
Sampai... maka seribu impian satu kenyataan

Khamis, April 30, 2009

kejujuran Dan Keikhlasan

Dulu....
begitu sukar untuk mencari seorang teman
teman yang memahami perasaan dan jiwaku
begitu sukar untuk mencari seorang sahabat
sahabat yang sehaluan denganku
begitu sukar untuk mencari seorang kawan
kawan yang dapat memberiku...
harta kejujuran dan keikhlasan.
kini....
Aku telah menemui seorang teman
teman yang memahami perasaan dari jiwaku
aku telah menemui seorang sahabat
sahabat yang sehaluan denganku
dan aku telah menemui seorang kawan
kawan yang dapat berikanku
harta kejujuran dan keihklasan
hidup kini...
lebih bererti...
lebih bahagia...
dengan kehadiran tiga insan ini
insan ini tetap sama
walaupun bunyinya berbeza
akulah insan yang paling bahagia
dan engkaulah insan yang paling terbaik bagiku.....